Friday 24 June 2011

Larian 1 Malaysia

Salam semua..

Pada 2 Julai 2011 (Sabtu) ini semua sekolah di seluruh negara akan terlibat dalam Program Larian Serentak 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia. Program yg bermula serentak di seluruh negara pada pukul 7.45 pagi itu akan tercatat dalam The Malaysia Book of Record.


Jadi, ayuh kepada semua warga sekolah. Turunlah beramai-ramai. Kita berlari dan bersenam pada hari Sabtu. banyak acara lain yang akan diadakan. Pertandingan futsal dan bola jaring mini untuk murid tahun 4 dan 5. Pertandingan antara kelas. Masa ini kita boleh mencungkil bakat-bakat yang terpendam.

Sunday 1 May 2011

Kenapa Senaman itu penting?

kita acapkali disuruh untuk bersenam. tapi tahukah kita kepentingan senaman itu?

heheh..kita lihat sini artikel yang saya petik tentang kepentingan senaman

Senaman Bagus Untuk Mental

Setiap orang tahu senaman boleh melaraskan peredaran darah, membakar lemak dan kalori, serta mengurangkan risiko masalah serangan jantung dan obesiti serta beberapa penyakit lain. Kini beberapa bukti telah menunjukkan bahawa senaman selama 10 minit setiap hari boleh mneingkatkan tahap kesihatan mental, seterusnya membolehkan kita berfikir dengan mudah, rasa gembira dan mengurangkan stress.

Meningkatkan Tenaga Otak

Senaman yang konsisten boleh meningkatkan tindakbalas masa (reaction time), konsentrasi, kreativiti dan keupayaan mental. Ini kerana berlakunya peningkatan dalam tubuh untuk mengepam darah menghantar oksigen ke saluran darah dan dihantar dengan cepat ke otak. Pengkaji percaya perubahan tersebut merangsang reaksi fizikal dan mental dengan cepat.

Melambatkan proses penuaan

Dengan hanya melakukan aktiviti yang ‘simple’ seperti berjalan-jalan setiap hari sebagai amalan boleh menghalang tahap penurunan mental dikalangan wanita yang berumur 65 tahun ke atas. Lagi lama dan kerap mereka berjalan, semakin perlahan proses tersebut berlaku. Sesi ini tidak perlu dilakukan secaraintensif kerana ia sudah memadai untuk meningkatkan kesihatan jantung.

Mengurangkan Stress

William P Morgan dari University of Wisconsin mendapati senaman boleh mengurangkan stress dan mengawal perasaan marah. Alasannya mudah sekali, jika terlalu memikirkan masalah akan memberi kesan gangguan pada jantung. Dengan senaman kita akan melupakan masalah-masalah tersebut di samping meningkatkan tahap kesihatan kardiovaskular, menjadikan kita lebih rasional menangani masalah sekaligus mengurangkan stress. Sebagai contoh melakukan aktiviti seperti berjalan, berbasikal dan berenang boleh mengurangkan tekanan dan aktiviti ini memberi kesan yang serupa seperti kita beryoga.

Secara saintifiknya aktiviti yang dilakukan ini sebenarnya boleh meningkat kimia seperti adrenalin, serotonin, dopamin dan endorphin di dalam otak. Anda akan rasa seronok, tenang dan berkeyakinan. Dipresi juga dapat dikurangkan dengan melakukan aktiviti senaman selama 30 minit 3 kali seminggu.

Selain daripada rasa sihat, kuat dan bertenaga, senaman juga boleh meningkatkan keyakinan (self esteem). Ini rahsia untuk menegkalkan keremajaan dan awet muda!shhhhhh!!!

Friday 29 April 2011

warming up and cooling down..

semasa p&p PJK cikgu-cikgu selalu menyuruh murid-murid semua melakukan ini.

"ok,sebelum bermain,kita warm up dulu"

tapi apakah dia warm up itu?

Sesi Pemanasan Badan Sebelum Senaman

Sebab-sebab:-


• Memanaskan otot
• Menambahkan peredaran darah ke otot
Bagaimana untuk memanaskan badan?
Terdapat tiga peringkat yang penting:
• Memanaskan otot-otot yang akan digunakan seperti berjoging selama 2 - 3 minit,
mulakan berenang atau berbasikal secara perlahan-lahan.
• Regangan (15 minit) - lakukan setiap regangan 10 -20 saat. Lakukan regangan tetapi
tidak sehingga mencederakan otot
• Senaman khusus - berlatih kemahiran seperti menendang, melontar atau aktiviti yang
bertenaga tinggi.


Lepas tu plak..cikgu suruh cooling down plak..atau sejukkan badan..apa maksud n sebab-sebabnya ya?


Sesi penyejukkan badan selepas senaman
Sebab-sebab:


• Merehatkan otot
• Membuang bahan perkumuhan
• Penambahbaikan kelenturan
Bagaimana menyejukkan badan:
• Kurangkan tahap aktiviti secara beransur-ansur
• Lakukan regangan yang dilakukan dalam sesi pemanasan badan sebelum senaman


oleh itu, jangan lupa kepentingan warm up n cooling down bagi setiap aktiviti..
ok?happy reading..

Thursday 28 April 2011

SELAMAT DATANG ke blog rasmi panitia PJK SKTPSP

dari masa ke semasa saya akan cuba mengemaskini blog ini untuk tatapan semua....