Friday 29 April 2011

warming up and cooling down..

semasa p&p PJK cikgu-cikgu selalu menyuruh murid-murid semua melakukan ini.

"ok,sebelum bermain,kita warm up dulu"

tapi apakah dia warm up itu?

Sesi Pemanasan Badan Sebelum Senaman

Sebab-sebab:-


• Memanaskan otot
• Menambahkan peredaran darah ke otot
Bagaimana untuk memanaskan badan?
Terdapat tiga peringkat yang penting:
• Memanaskan otot-otot yang akan digunakan seperti berjoging selama 2 - 3 minit,
mulakan berenang atau berbasikal secara perlahan-lahan.
• Regangan (15 minit) - lakukan setiap regangan 10 -20 saat. Lakukan regangan tetapi
tidak sehingga mencederakan otot
• Senaman khusus - berlatih kemahiran seperti menendang, melontar atau aktiviti yang
bertenaga tinggi.


Lepas tu plak..cikgu suruh cooling down plak..atau sejukkan badan..apa maksud n sebab-sebabnya ya?


Sesi penyejukkan badan selepas senaman
Sebab-sebab:


• Merehatkan otot
• Membuang bahan perkumuhan
• Penambahbaikan kelenturan
Bagaimana menyejukkan badan:
• Kurangkan tahap aktiviti secara beransur-ansur
• Lakukan regangan yang dilakukan dalam sesi pemanasan badan sebelum senaman


oleh itu, jangan lupa kepentingan warm up n cooling down bagi setiap aktiviti..
ok?happy reading..

No comments:

Post a Comment